KUCHING - Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Hj Openg pagi tadi telah mengadakan lawatan singkat ke Tegas Digital Village (TDV) di Samajaya High Tech Park bagi melihat perkembangan mengenai pembinaan projek tersebut.
Bangunan Digital Village yang ikonik dan diilhamkan oleh beliau merupakan platform bagi para usahawan Sarawak mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global dan membantu dalam usaha menjadikan Sarawak yang negeri maju menjelang 2030.
Ketika berada di fasiliti tersebut beliau dibawa melawat ke setiap sudut dan tingkat TDV beliau dan kemudian diberi taklimat tentang pembangunan dan pengurusan bangunan tersebut.
Di akhir lawatan semasa Sidang Media, YAB Abg Jo berkata bahawa TDV ini adalah tempat yang penting bagi para peneroka untuk memproses produk teknologi dan keusahawanan bagi mengangkat Ekonomi Digital Negeri Sarawak ke arah pasaran antarabangsa.
Selain itu, TDV juga adalah lab untuk ujian dan proses produk baru yang juga menyediakan ruang pejabat kepada para usahawan digital.
Turut hadir Pengerusi TEGAS, YB Datu Haji Len Talip Salleh,Timbalan Pengerusi TEGAS, YB Datuk Jerip anak Susil, Setiausaha TEGAS, YB Abdullah Hj Saidol dan ahli- ahli Lembaga Tegas serta kenamaan lain.
Sumber dari : Sarawakku